Tentang KamiAbout Us

Tentang Kami

tudung putihDengan gabungan kemewahan dan ketenangan, kedatangan anda ke Beauty Palace akan disambut oleh enam orang pakar kecantikan di bawah tunjuk ajar Nor Azizan Ghazali.

Pemilik Beauty Palace, Azizan yang dikenali juga sebagai Rozie, adalah pakar kecantikan yang mendapat latihan di United Kingdom dan mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam kedua-dua rawatan kecantikan moden dan tradisional.

Pakar-pakar kecantikan di Beauty Palace, memahami bahawa kecantikan adalah penting bagi setiap pelanggan. Oleh sebab itu Beauty Palace merupakan tempat yang paling tepat untuk wanita yang mahu memberikan sesuatu yang terbaik untuk diri mereka; kesihatan dan kecantikan.

Dengan suasana yang tenang dan romantik di Beauty Palace, anda juga akan merasakan seperti berada di rumah sendiri dengan layanan pakar-pakar kecantikan kami yang profesional dan ramah bagi memastikan anda selesa ketika berada di sini.

Sebagai sebuah salon yang mementingkan kualiti, Beauty Palace juga dilengkapi dengan peralatan moden yang berteknologi tinggi, diimpot dari serata dunia. Pada masa yang sama juga, kami tidak mengabaikan warisan kekayaan rahsia kecantikan barat, serta menyediakan rawatan yang menggunakan kaedah tradisional terbaik untuk pelanggan kami.

B_0068ax
Harga Berpatutan

Dengan kombinasi teknik-teknik rawatan kecantikan yang kami tawarkan, harga yang berpatutan dan layanan yang terbaik, anda mempunyai sebab yang kukuh untuk berkunjung ke salon kami. Sebagai bonus tambahan, Beauty Palace menawarkan rawatan ekslusif bak raja dengan harga yang mampu anda bayar.

Program Franchise

Melangkah setapak lagi dalam dunia kecantikan, Nor Azizan sedang melebarkan perniagaannya dengan menawarkan program franchise kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki perniagaan sendiri dalam bidang kecantikan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Beauty Palace di talian 03-56211050/ 03-56327173.

under-construction1